PENGENDALIAN OHP
Sebelum tayangan
Pastikan lensa, permukaan kaca dan kanta berada dalam keadaan bersih.
Tempatkan OHP di atas sebuah meja kukuh dan tidak bergoyang-goyang.
Suis projektor pastikan dalam keadaan OFF sebelum anda menyambungkan ke punca kuasa elektrik.
Pasangkan ON setelah selesai penyambungan.
Letakkan sekeping lutsinar / transparensi di atas pentas OHP.
Pastikan kedudukan skrin berada di tempat yang sesuai dan elakkan kesan ”Keystone”.
PANDUAN PENGGUNAAN OHP
1. Sekiranya anda perlu memindahkan projektor ke tempat lain yang lebih sesuai lokasinya, tunggu sehingga kipas penyejuk larasuhu berhenti.
2. Fokuskan imej di skrin dan pastikan kawasan tayangan tidak melebihi atau keluar skrin. Pengoperasian OHP:
a) Kawalan suis.
b) Pendedahan maklumat secara peringkat-peringkat.
c) Penggunaan penunjuk (bersifat sopan).
d) Penulisan terus di atas lutsinar.
Langkah-langkah persembahan OHP:
1. Jarak yang sesuai di antara skrin dengan OHP.
2. Pastikan semua penonton dapat melihat dengan jelas.
3. Tentukan lutsinar diletakkan dengan betul sebelum ditayangkan.
4. Perhatian hendaklah ditumpukan kepada penonton dan elakkan membaca terus daripada skrin.
5. Duduk atau berdiri di tepi projektor, elakkan gerak-geri yang menjadi halangan atau gangguan.
6. Matikan suis projektor apabila percakapan yang disampaikan tidak ada kaitan.
Data teknik OHP :
Tinggi meja OHP dari lantai = 75cm
Jarak dari skrin ke OHP = 2-3 meter
Luas skrin putih = 1.5m x 1.5m (untuk kelas 30 pelajar)
Tinggi skrin dari lantai = 1.5m