INTERAKSI 6 : MARI HASILKAN VIDEO !!
Sesi pembelajaran pada kali ini, kami telah didedahkan berkenaan cara penghasilan video dengan menggunakan perisiaan Movie Maker. Walaupun saya telah lama mengenali perisian ini, namun apabila jarang dibuka, maka segala benda mula dilupakan. Oleh itu, dengan adanya sesi pengajaran ini, maka secara tidak langsung saya dapat refresh semula segala perkara yang telah saya pelajari. Perisian ini merupakan antara perisian yang termudah bagi menghasilkan sebuah video.
Secara jujurnya, saya akui bahawa setiap guru perlu mempersiapkan diri dengan ilmu- ilmu teknologi sebegini. Sampai bila kita mahu mengharapkan orang lain menghasilkan video untuk kita. Kita sendiri seharusnya melatih diri walaupun tidak dinafikan agak sukar di permulaannya. Namun, apabila kerap kali kita asah kemahiran teknologi, Insya-Allah, tiada yang mustahil.
Saya sendiri mengalaminya. Bermula dengan rasa ingin tahu yang membuak- buak, apabila terbit perasaan cemburu apabila kawan- kawan lebih mahir berbanding diri ini, maka, saya mengambil inisiatif sendiri bagi memepelajari cara menghasilkan video. Memang susah !! Tapi itu hanya di permulaan. Saya masih ingat di saat pertama kali saya menggunakan perisian Movie Maker, saya terpaksa bersengkang hampir 1 hari semata- mata bagi menyiapkan sebuah video ringkas. Well, experience is always the best teacher ! Kesan daripada sikap berani saya, akhirnya kini saya mahir dalam dunia teknologi. Biarpun tidaklah terlalu pakar, namun, semakin hari, semakin banyak benda baru yang ingin saya cuba.
Pendapat saya, dalam menjadikan diri kita seorang guru yang fleksibel, maka kita perlu tanggung saat- saat kepayahan dan keterseksaan dalam hidup kita. Tapi percayalah, itu hanya sementara. Jika betul niat kita dalam menuntut ilmu, jika kena dengan caranya, jika konsisten dengan usahanya, TIADA YANG MUSTAHIL BAGI SAYA .