interaksi 2 : Pengenalan laman webweebly
Bagi sesi kuliah pada hari ini, saya dan rakan- rakan telah diperkenalkan dengan salah satu dunia interaksi yang digelar 'weebly'. Walaupun sebelum ini saya sudah sedia maklum dengan kewujudan laman web tersebut, namun saya masih belum berkesempatan untuk meneroka dunia 'weebly' tersebut.
Pada hari ini, Puan Rosnah telah mendedahkan berkaitan dengan 'weebly' secara satu persatu. Saya dan rakan- rakan diminta untuk menghasilkan akaun 'weebly' masing dengan bimbingan Puan ROsnah sendiri. TIdak dapat dinafikan, sesuatu yang baru itu selalunya tidak semudah yang disangka. Saya akui bahawa saya mengambil sedikit masa untuk mempelajari selok belok dunia 'weebly' ini. Namun, alhamdulillah, hasil tunjuk ajar daripada Puan Rosnah dan rakan- rakan yang lain, akhirnya saya mula memahami cara untuk menggunakan laman akaun 'weebly' ini.
Secara ringkasnya, saya dapat simpulkan bahawa 'weebly' merupakan salah satu alternatif baru bagi menyebarkan apa jua jenis maklumat. Walaupun terpaksa bersaing dengan pelbagai lagi medium penyampaian maklumat yang lain seperti Facebook, Twitter, blog, YouTube dan banyak lagi, namun melalui 'weebly', sesuatu informasi dapat disamapikan dengan lebih tepat dan terperinci. Dengan adanya ruang untuk memuat turun bahan- bahan ilmiah, tidak dinafikan bahawa 'weebly' tampil dengan kelebihan tersendiri.
Di sini saya sertakan alamat akaun 'weebly' saya , dengan harapan agar segala input yang telah saya masukkan dapat dijadikan rujukan buat sesiapa sahaja.
Akaun 'weebly' : hidayahzaidy.weebly.com