INTERAKSI 5 : BAHAN 2D DAN 3D
Pelbagai jenis bahan 2 dan 3 dimensi (2D dan 3D) yang dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini adalah bahan yang biasa digunakan sehingga kita tidak member perhatian kepada nilai kepentingan bahan ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini akan merangsang pelajar untuk menggunakan pelbagai deria pelajar dalam pembelajaran mereka. Antara bahan tersebut termasuklah bahan bercetak, graf, carta selain realia, model dan objek sebenar. Bahan realia dan model-model merupakan bahan sebenar yang dibawa ke dalam bilik darjah. Proses pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan bahan 2D dan 3D melibatkan penggunaan pelbagai deria pelajar.
Pembelajaran saya pada kali ini lebih mendedahkan kepada saya kepelbagaian jenis bahan bantu belajar yang boleh digunakan semasa sesi PdP. Tujuan sama iaitu bagi menarik minat murid untuk lebih berminat untuk mengikuti sesi pembelajaran. Tambahan lagi , dengan mengetahui ilmu sebegini dapat menambahkan lagi daya kekreatifan seorang guru. Penjanaan idea- idea baru dapat diekspresikan melalui kepelbagaian alat bantu mengajar yang disediakan. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa ilmu bahan 2D dan 3D ini mampu membantu saya apabila pergi ke praktikum kelak. Lebih- lebih lagi saya merupakan seorang guru Matematik, maka topik 2D dan 3D pastinya tidak lari daripada silibus mata pelajaran.