interaksi 1 : PENGENALAN EDU 3105
Buat kali yang pertama, saya berpeluang untuk berkenalan dengan subjek "Teknologi dalam Pengajaran & Pembelajaran (EDU 3105)" . Buat kesekian kali juga saya berpeluang untuk masuk ke dunia teknologi setelah agak lama meninggalkan sebarang subjek yang berfokus kepada dunia teknologi.
Sebagai langkah permulaan, Puan Rosnah iaitu selaku pensyarah pembimbing saya dan rakan- rakan telah memberikan sedikit pengenalan kepada kami semua. Beliau menerangkan setiap topik yang bakal kami pelajari secara kasar. Biarpun sekadar penerangan secara umum, namun sedikit sebanyak telah memberikan pencerahan kepada saya berkenaan subjek yang bakal saya pelajari. Tambahan pula, sebelum saya menjejakkan kaki ke kelas EDU 3105 ini, saya sudah pernah bertanya kepada beberapa orang senior berkenaan dengan subjek ini.
Salah satu topik yang berjaya menarik minat saya ialah topik berkenaan asas fotografi. Tidak dinafikan, saya memiliki minat ke arah dunia fotografi dan perfileman. Siapa tahu, dengan adanya topik sebegini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya dalam dunia fotografi.