KONSEP MEDIA PENGAJARAN
Pengenalan
Bidang Teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, adalah tidak keterlaluan jika dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Hingga kini, media pengajaran masih menjadi salah satu domain utama dalam bidang ini.
Konsep Media
Media atau medium bermakna saluran komunikasi yang membawa maklumat. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Media terdiri daripada pelbagai jenis, antaranya radio, televisyen, rakaman audio, gambar foto, dan sebagainya. Namun, media masih mempunyai pelbagai makna.
Pervical dan Elington (1984) membahagikan media kepada dua, iaitu :
a) Pelbagai Alatan Fizikal Teologi Pendidikan
- Ini termasuklah perkataan bercetak, filem, pita dan sebagainya.
b) Pelbagai Saluran Komunikasi Semasa
- Ini termasuklan surat khabar, radio dan televisyen.
Reiser dan Gagne (1983), pula mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Ini bermaksud guru atau pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan apa saja yang boleh menyampaikan mesej digolongkan sebagai media.
Torkelson (1972) pula membahagikan media kepada tiga bahagian, iaitu mesej, bentuk mesej dan saluran mesej.
a) Mesej adalah isi kandungan, iaitu apa sahaja yang terkandung dalam media itu.
b) Bentuk mesej pula adalah berkaitan bagaimana mesej itu disimpan. Mesej boleh
disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, symbol dan sebagainya.
c) Saluran mesej pula adalah peralatan fizikal sama ada yang berbentuk elektrikal atau
mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar.
Konsep Media Pengajaran
Menurut Heinich et al. (2002), jika media itu membawa mesej tentang pengajaran, maka media itu digelar sebagai media pengajaran.
Kemp dan Smellie (1984), pula mendefinisikan media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran.
Ngui Kuan Sang (1989) pula mengemukakan media pengajaran merupakan satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan/atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan.
Secara ringkasnya, media pengajaran boleh ditafsirkan sebagai segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.