INTERAKSI 4 : DUNIA GRAFIK
Apabila pensyarah mula memasuki topik GRAFIK, secara automatik minat saya teransang serta merta. Dunia grafik merupakan salah satu bidang yang menjadi minat saya. Namun, minat semata- mata tanpa pengetahuan yang sebenar dan spesifik, tidak bermaknalah ilmu yang saya miliki selama ini.
Setelah diperkenalkan dan diceritakan serba sedikit oleh pensyarah mengenai grafik yang sebenar, barulah saya sedar bahawa pengetahuan saya berkenaan dengan dunia grafik teramatlah cetek. Walaupun kami hanya diperkenalkan dengan asas grafik namun bagi saya sudah terlalu banyak perkara yang baru saya ketahui. Semua ilmu baharu yang saya terima tidak menghalang minat saya untuk terus tetap setia dalam dunia grafik.
Dengan pengetahuan yang saya terima, saya dapat membuat kesimpulan bahawa grafik memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Siapa sangka bahawa dalam kehidupan seharian kita, grafik memainkan peranan penting dalam menjadikan sebuah keadaan itu menjadi lebih bermakna dan bernilai. Sebagai conto,h dalam mempertingkatkan lagi promosi dalam dunia perniagaan besar seperti Restoran Pizza Hut, gedung pasar raya Giant, Restoran makanan segera KFC, masing- masing bijak menggunakan kelebihan grafik dalam menaikkan lagi imej mereka di mata masyarakat. Penggunaan grafik dari segi peranan warna, unsur ruang dan saiz amat penting dalam menjayakan sesuatu logo yang mampu menarik perhatian orang ramai.