INTERAKSI 8 : Bahan Audio dan Perisian Audacity
Tajuk pembelajaran pada hari ini ialah berkenaan audio atau lebih dikenali sebagai bunyi- bunyian. Dalam proses pembelajaran, murid- murid akan lebih tertarik dengan penggunaan bunyi. Mereka dapat merasakan bahawa suasana menjadi lebih realiti apabila disertakan dengan bunyi. Selain itu, penggunaan audio yang berbeza- beza dapat melatih murid menggunakan kesemua deria yang mereka miliki. Hal ini termasuklah deria pendengaran mereka. Apabila guru memainkan beberapa jenis bunyi yang berbeza secara tidak langsung dapat menjadikan murid tersebut lebih peka dan tajam pendengarannya.
Selain itu, kami turut diperkenalkan dengan perisian audacity. Aidacity merupakan sebuah perisian yang boleh digunakan dalam mengubahsuai sesebuah bunyi ataupun lagu. Yang kuat boleh diperlahankan. Yang bersuara boleh dijadikan bisu. Yang panjang boleh dipendekkan. Yang nyaring boleh dihaluskan. Yang halus boleh digemakan. Itulah beberapa istilah yang boleh saya kaitkan dengan fungsi audacity. Walaupun saya masih belum 'menyelongkar' setiap fungsi audacity, namun ingin saya nyatakan bahawa perisian sebegini banyak membantu saya.