minggu 2 : berta'aruf bersama 'weebly'
SELAMAT DATANG KE DUNIA 'WEEBLY' !!
The easiet way to create a website. Free, powerful, professional.
Mesej utama yang ditampilkan mula menarik perhatian sesiapa yang memiliki perasaan inkuiri dalam diri.
Sebelum ini hanya berkenalan pada nama, tetapi pada kali ini saya tidak menyangka bahawa saya berpeluang untuk mencipta akaun 'weebly' saya sendiri. Tak kenal maka tak cinta. Maka, untuk 'jatuh cinta' terhadap 'weebly' ini saya perlulah berkenalan dengannya terlebih dahulu. Puan Rosnah merupakan insan yang bertanggungjawab memperkenalkan laman web 'weebly' ini kepada saya dan rakan- rakan yang lain. Menarik !
Tidak sama seperti laman facebook, tidak serupa seperti laman twitter, 'weebly' tampil dengan konsep ala- ala sebuah belog tetapi lebih bersifat profesional. Mampu memuatkan segala jenis dokumen, 'weebly' merupakan medan interaksi alam maya yang lebih bersifat terperinci. Pada pendapat saya, akaun 'weebly' sangat sesuai digunakan oleh setiap lapisan umur tanpa mengira latar belakang kerjaya kerana 'webbly' mampu menyediakan dan menyampaikan sesuatu ilmu atau pengetahuan dalam bentuk yang lebih terpeinci.
Walaupun berkongsi ciri- ciri fungsi yang hampir sama dengan sistem blog, namun 'weebly' memiliki sedikit kelebihan kerana mampu menyimpan data-data maklumat yang telah dimuat turun. Oleh itu, saya tidak perlu risau sekiranya terdapat fail- fail maklumat yang hilang kerana saya masih lagi mampu mengaksesnya di ruangan ini.
Dengan ilmu baharu yang saya pelajari ini, besarlah harapan yang saya sandarkan pada diri saya sendiri dan rakan- rakan yang lain agar bijak memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari ini. Terima kasih Puan Rosnah !