HidayahZaidy EDU 3105
Siti Nurhidayah Bt Zaidy 
Pengkhususan Matematik
IPG Kampus Pendidikan Islam
  • Biodata Diri
  • ISL
    • Interaksi 1
    • Interaksi 2
    • Interaksi 3
    • Interaksi 4
    • Interaksi 5
    • Interaksi 6
  • Proforma EDU 3105
  • INTERAKSI
    • Teknologi Pendidikan>
      • Konsep, Domain & Prinsip- prinsip
      • Peranan & Kepentingan Teknologi Pendidikan dalam P&P
    • Reka Bentuk Pengajaran>
      • Pengertian
      • Peranan & Kepentingan
      • Model-model Reka Bentuk Pengajaran
      • Reka bentuk Mesej dalam P&P
    • Media Pengajaran>
      • Konsep
      • Fungsi Media dalam P&P
      • Jenis- jenis dan Klasifikasi Media
    • Perancangan, pemilihan, penghasilan dan Penilaian Media Pengajaran>
      • Model ASSURE
    • Asas Garfik>
      • Prinsip
      • Reka bentuk Visual
      • Peralatan Penghasilan Grafik
    • Penggunaan Bahan - Bahan 2D & 3D>
      • Pengertian bahan 2D dan 3D
      • Jenis- jenis bahan seperti carta, graf,realia, boneka & diorama
    • Asas Fotografi>
      • Sejarah Perkembangan Fotografi
      • Bahagian-bahagian asas dan fungsi kamera
      • Jenis- jenis dan aksesori kamera
      • Jenis- jenis filem
      • Teknik Penggambaran
      • Komposisi
      • Fotografi digital
    • OHP dan Transparensi>
      • Bahagian- bahagian dan fungsi OHP
      • Pengedalian OHP
      • Kelebihan dan kelemahan menggunakan OHP
      • Jenis- jenis trasparensi
      • Teknik Penyediaan dan persembahan transparensi
    • Bahan Audio>
      • Penggunaan peralatan audio
      • Perancangan dan penyediaan rakaman
      • Rakaman
      • Suntingan
    • Penerbitan Video Pendidikan>
      • Jenis- jenis kamera video
      • Bahagian- bahagian dan fungsi kamera video
      • Jenis- jenis syot
      • Pergerakan kamera video
      • Proses penerbitan video
      • Video Digital
    • Pengintergrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P>
      • Video Digital
      • Persembahan Elektronik
      • Hamparan Elektronik
      • Pangkalan Data
      • Penggunaan Perisian dan Alat Pengarangan
      • Penghasilan pakej multimedia pembelajaran
      • Penggunaan media Interaktif dalam P&P
    • Isu-isu dan Trenda Terkini dalam Teknologi Pendidikan>
      • Hakcipta Terpelihara (Copyright)
      • Keselamatan
      • Kerahsiaan
      • Kawalan Kendiri
  • Refleksi
    • INTERAKSI 1 : Berkenalan dengan EDU 3105
    • INTERAKSI 2 : Ta'aruf bersama Weebly
    • INTERAKSI 3: MODEL ASSURE
    • INTERAKSI 4 : DUNIA GRAFIK
    • INTERAKSI 5 : BAHAN 2D DAN 3D
    • INTERAKSI 6 : MARI HASILKAN VIDEO
    • INTERAKSI 7 : OHP DAN TRANSPARENSI
    • INTERAKSI 8 : Bahan Audio dan Perisian Audacity
  • Kerja Kursus
    • Soalan Kerja Kursus

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN MENGGUNAKAN OHP

Kebaikan menggunakan OHP

OHP mempunyai kelebihan berbanding dengan kaedah lain dalam mempersembahkan maklumat visual. Sebagai contoh, guru dapat menggunakan OHP seperti papan kapur untuk menulis nota, melakukan pengiraan, dan melukis bahan grafik. Yang unik ialah guru masih dapat menghadap dengan pelajarnya dan ini membolehkan guru mengekalkan pertembungan mata dengan pelajar. Perkara sedemikian tidak dapat dilaksanakan jika guru menulis di papan kapur. 

Justeru, OHP memainkan peranan penting dalam pengajaran ekspositori dan pemudahcaraan, iaitu bertindak sebagai perantaraan komunikasi tanpa lisan serta sebagai cara memperoleh maklum balas daripada pelajar mengenali perjalanan sesi pengajaran. OHP boleh digunakan untuk menunjukkan bahan sediakala dan ini  membolehkan guru membina pusat pengumpulan nota, rajah, dan jadual yang boleh  digunakan berulang kali. Jika dirancang dan direka bentuk dengan baik, bahan transparensi boleh disimpan dan merupakan petunjuk untuk pengajaran dan nota pengajaran konvensional tidak diperlukan lagi. 

Kita semua maklum bahawa transparensi boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai kaedah atau cara (penulisan dengan tangan, melukis, menaip, fotokopi, dan cetakan komputer) dan boleh menggabungkan pelbagai teknik persembahan (penonjolan progresif, penggunaan penutup, dan animasi). Transparensi OHP agat padat berbanding dengan bahan bantuan lain (seperti carta) dan oleh itu mudah disimpan dalam kotak, sampul surat, dan fail.

Bilik yang digunakan untuk memprojeksi transparensi tidak perlu digelapkan. Ini membenarkan pelajar mencatat nota. Guru dan pelajar boleh melihat antara satu sama lain. OHP adalah bersih, senyap, dan mesra pengguna (user friendly) kerana tidak begitu memerlukkan kemahiran teknikal atau pengetahuan semasa menggunakannya. Hanya sekali guru perlu mengubah lampu untuk disesuaikan dengan keadaan. Bahan yang ingin digunakan boleh dihasilkan dengan mudah oleh guru. Guru hanya perlu menulis di atas kepingan asetat semasa mengajar atau dia boleh menggunakan transparensi yang diproses secara kimia (thermal). Transparensi 
merupakan medium pengajaran yang mudah diperoleh dan mudah digunakan.

 Mudah dikendalikan
 Menjimatkan masa pengajaran
 Menarik minat pelajar
 Boleh disimpan lama
 Paparkan imej sebenar
 Mempelbagaikan bahan bantu mengajar

Kelemahan menggunakan OHP 

OHP memerlukan bekalan kuasa elektrik dan sekiranya tiada bekalan, alat ini tidak dapat digunakan. Kedudukan projektor amat penting dalam menentukan keberkesanan penggunaannya. Jika projektor tidak diletakkan dengan betul, mungkin  menghalang penglihatan pelajar. OHP tidak harus diletakkan di atas meja guru di hadapan bilik darjah. OHP perlu diletakkan di tempat projektor atau meja yang disediakan khas untuknya.Berbanding dengan papan kapur, OHP memerlukan perbelanjaan untuk penyelenggaraan secara rutin. OHP mudah rosak dan guru dinasihatkan agar menyediakan bal simpanan jika perlu. 

Masalah berkait dengan OHP ialah kesukaran menyediakan transparensi yang bermutu dan sempurna. Pengguna kadangkala tidak memberikan perhatian kepada tulisan dan penghasilan grafik. Tulisan yang kecil dan tidak kemas akan menjejaskan keberkesanan penggunaan transparensi. Oleh sebab OHP merupakan alat yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, agak sukar untuk menyusun jadual penggunaannya dalam bilik darjah untuk sejam dan memindahkan OHP ke bilik yang lain untuk masa yang berikutnya. Maka, adalah perlu untuk memastikan setiap bilik mempunyai sebuah OHP jika penggunaannya amat meluas. Ini akan mewujudkan bebanan secara ekonomi.

 Tidak ada audio
 Masa tayangan tidak lama
 Kelas kecil
Powered by Create your own unique website with customizable templates.