fungsi media dalam p & P
Dengan kelebihan yang ada pada media ini, ia mampu berfungsi dalam pelbagai cara, bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan pengajaran masa ini. Berikut merupakan fungsi Media Pengajaran dalam Pengajaran :
a) Pengajaran Bersama Pengajar (Pembantu Guru)
Ia membantu pengajar melaksanakan pengajarannya secara langsung. Keberkesanan media dalam konteks ini bergantung kepada bagaimana pengajar itu menggunakan media tersebut, tidak kira sama ada media itu dipilih daripada sesuatu koleksi atau disediakan oleh beliau sendiri. Contohnya, Guru menggunakan muzik, carta, gambar rajah dan sebagainya.
b) Pengajaran Tanpa bergantung kepada Pengajar (Pengganti Guru)
Media boleh digunakan secara berkesan tanpa kehadiran pengajar, sama ada kerana pengajar tidak ada atau sedang membantu pelajar lain. Ini tidak bermakna pelajar belajar tanpa panduan. Media yang digunakan dalam situasi ini biasanya dipakej dengan sempurna, iaitu menerangkan dengan jelas tentang tujuan, objektif, cara mengguna dan menilai pencapaian sendiri. Dengan cara ini, guru boleh menjadi pengurus yang lebih cekap dan kreatif, tidak hanya sebagai penyampai maklumat semata-mata. Contohnya, pelajar boleh mempelajari kejadian gempa bumi melalui tayangan video dan seterusnya diberi latihan untuk menjawab.
c) Folio Bermedia (Media dalam Folio Pembelajaran)
Folio adalah koleksi kerja pelajar yang menunjukkan perkembangan sesuatu peristiwa dan proses dalam satu tempoh waktu. Folio biasanya menrangkumi artifaks seperti buku bergambar, persembahan video atau audio yang dibuat sendiri oleh pelajar. Penghasilan folio membina kebolehan pelajar untuk memahami, merumus dan membentang hasil fikiran mereka. Pembelajaran ini juga dikenali sebagai pembelajaran “dengan” media(learning with media) yang didapati berupaya memupuk pemikiran kreatif di kalangan pelajar. Ini adalah kerana pelajar sendiri berfungsi sebagai pereka media, mereka perlu menganalisis, mendapatkan dan mentaksir maklumat, menyusun maklumat yang ada dan menyampaikan maklumat itu kepada orang lain.
d) Pengajaran Tematik
Pengajaran jenis ini berfokus kepada sesuatu tajuk yang dipilih atau ditentukan oleh guru. Ia bermula daripada perkongsian pengalaman yang diikuti dengan perkongsian kepakaran. Suatu laporan dikeluarkan dan dibentangkan untuk dikongsi oleh semua murid di dalam kelas. Contohnya, lawatan ke tempat bersejarah, industri tempatan dan sebagainya.
e) Pendidikan Jarak Jauh
Ia kini berkembang luas dan menjadi tapak bagi menyediakan peluang belajar pelbagai bidang ilmu kepada semua orang. Media yang digunakan merangkumi media cetak dan elektronik. Telekonferensi membolehkan pelajar dari pelbagai tempat bertemu dan berbincang secara maya. Ruang berbual, papan bulletin dan listserv turut menyokong komunikasi pembelajaran jenis ini.
f) Pendidikan bagi Pelajar Istimewa (Media dalam Pendidikan Khas)
Media memainkan peranan yang besar di kalangan pelajar yang kurang upaya. Teknologi masa kini telah menyediakan peralatan yang bersesuaian dengan mereka yang kurang berupaya. Bagi pelajar pintar, mereka disediakan dengan bahan-bahan tambahan yang membolehkan mereka memupuk kepintaran yang ada. Manakala bagi pelajar pekak, teknologi masa kini telah menyediakan peralatan yang bersesuaian dengan mereka seperti alat-alat bantu dengar.