minggu 1 : berkenalan dengan edu 3105
Bismillahirrahmanirrahim.
Bertarikh ( ), buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke dalam kelas EDU 3105 Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Memandangkan ini merupakan sesi yang pertama kali saya dan rakan- rakan mengikuti kelas ini, maka Puan Rosnah selaku pensyarah yang bertanggungjawab sebagai pembimbing kami memulakan kelas dengan sedikit sesi perkenalan daripada beliau.
Tidak dapat dinafikan, semangat bagi pertama kali memulakan sesuatu pembelajaran yang baru selalunya berkobar- kobar. Saya juga tidak terkecuali. Timbul pelbagai persoalan mengenaik apa yang bakal dipelajari. Susah atau senang? Rumit atau bersifat santai ? Tapi, apabila sudah namanya menuntut ilmu, mujahada perlu ikut jalan seiring. Tidak kiralah subjek apa pun yang bakal kita temukan.
Setelah memperkenalkan diri, Puan Rosnah mula memberikan sedikit pengenalan kepada kami semua mengenai subjek EDU 3105. Serba sedikit, pencerahan yang diberikan oleh beliau membantu saya dalam membuat anggaran topik yang bakal saya pelajari. Secara jujurnya, peluang pada semester ini yang memberi peluang kepada saya untuk meneroka dunia teknologi merupakan ilmu yang saya selalu nantikan. Minat yang menjurus ke arah dunia teknologi serba sedikit membantu saya dalam menaikkan lagi semangat untuk mengikuti sesi pembelajaran sehingga akhir.
Apabila terdapat istilah- istilah baru yang diperdengarkan oleh pensyarah, mulalah saya merasakan bahawa diri saya masih ketandusan ilmu dalam dunia teknologi. Masih banyak perkara yang perlu diterokai dan diteliti satu persatu. Namun begitu, itu semua tidak menjadi penghalang buat saya untuk terus menjadi seorang peneroka ilmu. Saya berjanji kepada diri sendiri bahawa saya akan memberi peluang di kala berkesempatan kepada diri saya sendiri untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya berkenaan teknologi dan multimedia.
Saya percaya dan akui bahawa dengan kepesatan arus teknologi kini yang kian menjadi- jadi, ilmu berkenaan dunia gajet dan ICT perlu ada bagi seorang bakal pendidik. Ilmu yang dituntut seharusnya mampu dipraktikkan apabila kita sudah sedia untuk berkhidmat kelak. Dengan adanya subjek sebegini secara tidak langsung serba sedikit mempersiapkan diri saya untuk lebih bersedia kelak.
Menjadi guru yang 'up-to-date'. Itu perlu!